Player FM merupakan satu app yang mempunyai haluannya yang tersendiri pada pengalaman menggunakan podcast ... matlamat kami adalah:
- Jadi super-friendly. Anda tidak perlu ijazah universiti dalam suapan RSS untuk melanggan rancangan kegemaran anda dan bermain semasa offline.
- ... Malah, ia lebih hebat untuk peminat setia podcast. Kami tidak terima bahawa "kemudahan penggunaan" disamakan dengan "turunkan permintaan" dan kami juga tidak akan kompromi dengan kesederhanaan atau kuasa. Untuk mereka yang mencari dengan mendalam di tetapan, app ini mempunyai banyak pilihan. Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai pilihan advanced playback seperti kawalan kelajuan.
- Cloud, Cloud, Cloud! Berbeza dengan app podcast yang tradisional, pusat Player FM tertumpu di cloud. Suapan diambil dari pelayan kami, dan bukannya dari telefon pengguna, membolehkan ia untuk menjimatkan bateri dan bandwidth, dan membolehkan podcast dikemaskini dengan cepat (lebih kurang 15 minit selepas ia diterbitkan)..
- Diselaraskan pada semua peranti. Model cloud Player FM bermakna langganan anda diselaraskan ke seluruh peranti, oleh itu anda boleh menggunakan peranti yang baru pada bila-bila sahaja atau menggunakannya pada 2 peranti pada masa yang sama.
- Kami membantu pengguna menemui rancangan yang hebat. Daripada menggunakan katalog yang sedia ada seperti yang terdapat di iTunes, kami bertekad untuk membina satu katalog yang baru yang membolehkan kami menawan topik-topik yang khusus. Bukan sahaja "Teknologi", tetapi kategori seperti "Permainan", "Media Social" serta "Java" dan "Programming". Semua pengguna boleh mengikuti topik-topik ini dan mendapatkan episod terkini setiap hari walaupun mereka tidak melanggan. Kami melihat ini sebagai satu katalog yand didorong oleh masyarakat, kami menerima cadangan, dan kami membawakannya di bawah lesen Creative Commons (seperti yand digunakan oleh sumber terbuka Wikipedia).
- Spontan. Walaupun langganan untuk rancangan anda adalah hebat, tetapi kami berpendapat bahawa anda tidak perlu melanggan hanya untuk memainkan satu episod yang anda temui. Ia amat mudah untuk Playback - anda cuma perlu ketik butang main, sama ada episod itu telah dimuat turunkan atau tidak. Dan ia juga mempunyai senarai "Main Kemudian" yang boleh menyimpan episod untuk kegunaan masa depan... ia boleh menyimpan episod offline dengan automatik dan (di beta) diselaraskan ke semua peranti.