Ya, ia adalah percuma dan ciri-ciri yang anda nikmati hari ini akan sentiasa percuma, dan banyak lagi di masa akan datang.
Mengapa percuma? Pertama, kami melihat Player FM sebagai satu platform terbuka. Anda boleh membuat langganan anda awam dan kongsikan di web. Susunan katalog juga boleh didapati di bawah lesen Creative Commons. Ciri-ciri sosial dan perkongsian data sebegini adalah tidak praktikal jika sesebuah aplikasi meletakkan halangan pembayaran di hadapan setiap pengguna. Kedua, dari perspektif praktikal, adalah sukar bagi aplikasi baharu untuk mengenakan bayaran pendahuluan apabila terdapat alternatif yang lebih stabil, tidak kira berapa banyak inovasi yang diperkenalkan pada aplikasi baru ini. Oleh kerana ia dilancarkan lebih lewat daripada aplikasi Podcasting yang lain, ia tidak akan mencapai faedah yang cukup untuk membuat projek ini mampan.
Oleh sebab ini, kami mengambil keputusan untuk memberi tumpuan untuk mencipta suatu pengalaman yang hebat yang boleh dinikmati oleh semua pengguna. Kami akan mengumumkan ciri-ciri tambahan untuk pengguna-pengguna yang membuat bayaran pada masa akan datang.